Khamis, 29 September 2011

Meninjau ke RBW Mat Sapak Jengka 8

29.09.2011  Semasa balik dari Mesyuarat PKPKM di KL, aku dan Hj.Dollah Razali singgah seketika di RBW Mat Sapak Jengka 8,









yg di tengah itu adalah Mat Sapak Jengka 8

yg ini pula adalah krew pembinaan RBW tersebut


Sabtu, 13 Ogos 2011

Lawatan Ke RBW Ziki


Pagi ini aku meluangkan masa membuat lawatan ke RBW Ziki di Felda Kota Gelanggi 01( salah seorang rakan aku)





Melawat Ke RBW Dollah Razali


Pagi ini setelah selesai urusanku di AgroBank Maran, aku bersama Sungip terus saja ke Kg Paya Pasir di seberang pekan Chenor melalui Jambatan Chenor dan menghilir ke Paloh Hinai.

Disana aku berhasrat untuk melawat bagi pertama kalinya RBW Dollah Razali, dan dibawah adalah diantara gambar RBW Dollag Razali yang sempat aku rakamkan.









Melawat ke Projek Ahdi di kg.Lada, Jerantut, Pahang


14.02.11 jam 6.45pg, aku melawat ke RBW Ahdi (seorang pemuda berbangsa Cina) di kg Lada, kebunnya betul-betul dimanfaatkan, selain RBW dia ada tanam limau, pisang, ada ikan dalam sangkar di Sungai Pahang






Lawatan Kerumah Walit Untuk PPRT Kg.Perak, di Bandar Jengka, Pahang




18.01.11 aku ke Kg .Perak melihat contoh Rumah Burung Walit mampu milik yang dimiliki oleh Handoko bin Kadimin ynag di berikan oleh Jabatan Viterenar.















Lawatan Meninjau Rumah Burung Walit Di Rompin, Pahang


Untuk melaksanakan hasrat tersebut aku telah mempelopori satu lawatan ke rumah walit mampu milik di Rompin, Pahang bersama rakan-rakan dari Gelanggi 01 pada 28.12.10 Jam 8.00pg, mereka yang turut serta selain aku  ialah ....... Hj.Dollah Razali, Hj.Salam, Samsuri, dan  Husin Senyap. kami sampai dipejabat Veterinar di Bandar Rompin, Pahang jam 11.30pg.


Ketibaan rombongan kami di Pejabat Veterinar Bandar Rompin di sambut mesra oleh En Razib dan rakannya.
selepas makan tengahari kami di bawa melawat projek rumah burung Walit di sekitar Bandar Rompin 








Kemudian kami dibawa melawat ke estet burung walit terbesar 


Juga rumah yang dimiliki oleh orang Melayu ini


Terakhir sekali kami dibawa melawat ke perkampungan sawah padi yang didiami oleh orang dari Kedah, di Kampung Serom, Daerah Pekan, Pahang. di Kampung ini,  sesetengah orang menjalani kehidupan yang teramat miskin, mereka bergantung hidup kepada penanaman padi dan membuat daun rokok dari pucuk nipah.


Namun di celah kemiskinan tersebut, ada juga dikalangan mereka yang berjaya melonjakkan diri dan berupaya membangunkan rumah burung Walit seperti yang kita lihat dibawah ini.




Di akhir lawatan kami dan di penghujung kampung ini, kami di temukan dengan pemuda ini (maaf namanya aku tak ambil) dia adalah seorang peniaga kecil, dan memulakan penternakan burung walit secara kecil-kecilan denagn mengorbankan rumahnya yang beratapkan daun nipah sebagai rumah burung walit, namun setelah beberapa tahun dia akhirnya berjaya membangunkan sebuah rumah burung walit yang besar dibelakang rumahnya.