Untuk melaksanakan hasrat tersebut aku telah mempelopori satu lawatan ke rumah walit mampu milik di Rompin, Pahang bersama rakan-rakan dari Gelanggi 01 pada 28.12.10 Jam 8.00pg, mereka yang turut serta selain aku ialah ....... Hj.Dollah Razali, Hj.Salam, Samsuri, dan Husin Senyap. kami sampai dipejabat Veterinar di Bandar Rompin, Pahang jam 11.30pg.

Ketibaan rombongan kami di Pejabat Veterinar Bandar Rompin di sambut mesra oleh En Razib dan rakannya.
selepas makan tengahari kami di bawa melawat projek rumah burung Walit di sekitar Bandar Rompin
Kemudian kami dibawa melawat ke estet burung walit terbesar
Juga rumah yang dimiliki oleh orang Melayu ini
Terakhir sekali kami dibawa melawat ke perkampungan sawah padi yang didiami oleh orang dari Kedah, di Kampung Serom, Daerah Pekan, Pahang. di Kampung ini, sesetengah orang menjalani kehidupan yang teramat miskin, mereka bergantung hidup kepada penanaman padi dan membuat daun rokok dari pucuk nipah.
Namun di celah kemiskinan tersebut, ada juga dikalangan mereka yang berjaya melonjakkan diri dan berupaya membangunkan rumah burung Walit seperti yang kita lihat dibawah ini.
Di akhir lawatan kami dan di penghujung kampung ini, kami di temukan dengan pemuda ini (maaf namanya aku tak ambil) dia adalah seorang peniaga kecil, dan memulakan penternakan burung walit secara kecil-kecilan denagn mengorbankan rumahnya yang beratapkan daun nipah sebagai rumah burung walit, namun setelah beberapa tahun dia akhirnya berjaya membangunkan sebuah rumah burung walit yang besar dibelakang rumahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan